Saturday, May 25, 2013

Penyampai TV Belanda Paling Bangang


Belanda – Seorang penyampai TV sebuah program di Belanda mengejutkan penonton apabila dia menghisap susu daripada payudara seorang wanita ketika program itu disiarkan pada waktu puncak, Sabtu lalu.

Ketika itu Paul De Leeuw sedang membincangkan mengenai isu susu ibu. Penonton yang hadir pada program itu adalah sekumpulan wanita yang mendermakan susu kepada kaum ibu yang baru melahirkan anak.

Salah seorang penonton, Wendy kemudiannya menjemput Paul untuk merasa susu yang dimasukkan ke dalam botol ketika rancangan tersebut sedang keudara.

Namun apabila penyampai gay itu berjenaka bahawa dia lebih suka menghisap susu daripada sumbernya, maka Wendy tanpa teragak-agak mengangkat baju dan berkata `jika anda tidak menggigit, maka anda boleh mencubanya’’.

Penonton di studio kemudian terpinga-pingan apabila Paul menghisap susu daripada payu dara wanita tersebut.

Selepas menelannya, Paul secara bergurau berkata, “saya lebih suka minum dari sumbernya, lebih sedap’.

Tindakannya itu mendapat bantahan orang ramai yang menyifatkannya sebagai menjijikkan.

Sumber: myinfohubs.blogspot

Tuesday, May 21, 2013

Peminat Adam Adli

Begitu fanatiknya penyokong adam adli ini sampai ingin ikut masuk ke penjara. Lihatlah sendiri bagaimana adam adli telah merosakkan pemikiran anak muda dengan ideologi dan tidakan yang menyalahi undang-undang.




- Posted from my iPad

Sunday, May 19, 2013

Surat buat Ustaz Kazim Elias


Assalamualaikum;

Ujian dan Dugaan itu “Tanda Allah Sayang”. Saya turut bersimpati dengan ujian yang menimpa Ustaz, sebagai orang yang lebih berilmu dari saya dan saya akui banyak ilmu-ilmu baru yang saya dapat daripada ceramah dan kuliah yang Ustaz sampaikan.

Cuma saya agak kecewa dengan beberapa ‘statement’ berat sebelah yang di keluarkan oleh Ustaz berkaitan dengan perjuangan parti-parti politik, yang sebelum ini Ustaz sendiri mengakui “saya tidak belah mana-mana” tapi pengakuan itu terbatal dengan ucapan menghentam hebat perjuangan menegakkan hukum Allah yang di bawa oleh Pas. Dan menjadi ‘backup’ buat sang perjuang bangsa.

Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf, jika tulisan saya ini dan sebelum ini ada menguris hati Ustaz. Keputusan Ustaz ingin berhenti sebarkan Agama kerana di ‘fitnah’, (seperti terlapor di akhbar) ianya menjadi tanda tanya masyarakat. Kerana masyarakat di fahamkan tentang hukum alam. “Berjuang di jalan Allah itu bukan mudah, ianya pasti diuji dan perjalananya jauh dan susah”.

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Bagi saya, keputusan untuk berhenti dari ceramah ini pasti akan mendatang fitnah yang lebih besar. Atau Ustaz ingin terjun terus ke dunia politik, itu waAllahualam…tunggu dan lihat. Cuma apa yang ingin saya kongsikan dengan Ustaz ialah berkaitan dengan satu hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

Baca seterusnya disini


Kerana Mulut Badan Binasa


Beginilah keadaan aktivis mahasiswa yang lantang berkata-kata tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Sebelum ini Adam Adli penah dikenakan hukuman gantung oleh pihak pengurusan UPSI. Kini dia ditangkap dibawah akta hasutan. Apa yang GM boleh katakan kerana mulut badan binasa. Memperjuangkan sesuatu yang belum pasti. Yang pasti dia kini sedang disoal siasat oleh polis.

Tidakkah tindakan yang kurang bijak ini mengakibatkan masa depannya juga terancam. Lebih elok selesaikan dahulu belajar tu sebelum nak berkempen ka, nak berhimpun, nak suarakan tidak puas hati atau sebagainya. Perbaiki dulu diri sendiri sebelum ingin perbaiki diri orang lain. Jangan melakukan sesuatu yang menampakkan betapa kurang bijaknya kita dengan tindakan yang kita ambil.

Baca seterusnya disini.

Saturday, May 11, 2013

Daftar pemilih PRU13 antara yang terbersih dalam sejarah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan pelbagai penambahbaikan bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang berakhir Ahad lepas, termasuk menyediakan Daftar Pemilih ‘terbersih’ pernah dilakukan badan bebas itu.


 SPR: Daftar pemilih PRU13 antara yang terbersih dalam sejarah - Terbakor
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU13 diwartakan melalui proses pembersihan terperinci dan semakan dalam talian dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
   
“Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai ‘identifier’ (pengenal pasti) pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih PRU13,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
   
Menjelas lanjut, Abdul Aziz berkata melalui sistem pendaftaran itu, tiada ruang bagi warga asing sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan.
   
Justeru, dakwaan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SPR tidak melaksanakan apa-apa penambahbaikan pada PRU13 merupakan pembohongan besar dan fitnah semata-mata, bertujuan mengelirukan rakyat, katanya.
Selain itu, beliau berkata Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU13 adalah sah, telah diwarta dan dimuktamadkan, sekali gus adalah mustahil untuk memasukkan nama-nama pengundi tambahan.
   
“Oleh demikian, dakwaan kononnya terdapat 40,000 warga Bangladesh yang dibawa masuk untuk mengundi dalam PRU13 adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang diwartakan adalah muktamad,” tegas Abdul Aziz.
   
Katanya SPR turut melaksanakan proses pengundian awal pada 30 April lepas, melibatkan 235,826 pengundi daripada kalangan polis dan tentera serta pasangan masing-masing bagi menggantikan proses pengundian pos.
   
“Selaras dengan tuntutan utama parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan, SPR turut memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada PRU13 sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelak cubaan mengundi dua kali mana-mana pihak,” katanya.
   
Dari segi tempoh berkempen pula, SPR melakukan penambahbaikan dengan memperuntukkan tempoh 15 hari berkempen bermula 20 April hingga Ahad lepas, berbanding 13 hari pada PRU2008, katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz turut menjelaskan bahawa sistem dan undang-undang pilihan raya di Malaysia adalah berlandaskan kemenangan mengikut majoriti mudah dan kemenangan perwakilan mengikut kawasan.
   
Beliau berkata berasaskan sistem itu, yang diguna pakai di Malaysia sejak PRU pertama pada 1959, menetapkan parti yang berhak membentuk kerajaan bukan berasaskan jumlah undi popular yang diperoleh, sebaliknya jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi.
   
“Dalam konteks ini, walaupun parti pembangkang memperoleh jumlah besar undi iaitu sebanyak 5,623,984, mereka hanya memenangi 89 kerusi bahagian pilihan raya.
   
“Sebaliknya, Barisan Nasional (BN) memperoleh jumlah undi sebanyak 5,237,699, namun dari sudut jumlah bahagian pilihan raya, BN memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen dan berhak membentuk kerajaan di peringkat pusat,” katanya.
   
“Sistem ini juga digunakan bagi menentukan parti yang berhak untuk menubuhkan kerajaan baik di peringkat pusat atau pun negeri, iaitu parti yang mendapat jumlah perwakilan (kerusi) terbanyak walaupun memperoleh majoriti satu kerusi berhak membentuk kerajaan,” katanya menambah sistem itu dikenali sebagai ‘First Past The Post’. - SH

KPN bersara wajib, bukan letak jawatan

Ismail Omar

SHAH ALAM – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar akan bersara wajib pada 17 Mei ini, sekali gus menafikan dakwaan beliau meletak jawatan tersebut kerana tekanan PRU13 ataupun desakan parti politik.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, majlis persaraan KPN akan diadakan pada 16 Mei ini.

“Kami memandang serius tentang penyebaran fitnah di media sosial dan blog mengenai peletakan jawatan KPN. Kenyataan itu berniat jahat.

“Keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman juga berada dalam keadaan baik dan tiada kekecohan atau huru-hara seperti yang digembar-gemburkan melalui media sosial,” katanya melalui satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, orang ramai diingatkan tidak mempercayai berita tersebut dan tidak menjadi sebahagian daripada individu yang turut sama menyebarkan atau memanjangkan fitnah berkenaan.

Katanya, individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Ismail merupakan KPN kesembilan, menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang bersara pada 12 September 2010.- SH

Friday, May 10, 2013

Gila Kuasa???

Zuraida

SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menggesa Pas dan DAP tidak campur tangan dalam urusan pemilihan Menteri Besar atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu.

Menurut beliau, persoalan siapa calon yang bakal mengisi kerusi MB itu hanya akan diputuskan oleh pucuk pimpinan PKR Pusat dan bukannya boleh dibuat spekulasi sahaja.

“Saya baca dalam surat khabar yang memaklumkan Pas dan DAP mahu Abdul Khalid sebagai MB. Kemudian Dr Rani pula jawab beliau sedia jadi MB. Saya ingat apa hal dengan mereka ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan.

“Sedangkan keputusan belum dibuat. Lagipun ini kerusi PKR kenapa Pas dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Ini persoalan saya,” katanya dipetik dalam portal berita Antarapos.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi Dun berbanding DAP dan Pas.

Pada pilihan raya lalu, Pas memenangi 15 kerusi Dun berbanding PKR hanya 14 kerusi. Sekali gus memberikan Pakatan Rakyat kemenangan dua pertiga untuk kekal berkuasa di Selangor.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman dipetik berkata beliau bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan parti.

Zuraida berkata, jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan parti itu harus diberi ruang untuk memutuskan siapa paling layak untuk mengisinya, tanpa campur tangan pihak ketiga.

“PKR sendiri belum putuskan. Tapi Pas dan DAP kenapa teruja sangat? Kenapa beria-ia nak menamakan orang itu ini?.

“Kerusi MB ini memang PKR punya. Jadi kenapa Pas dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini PKR punya, kami belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.- SH

GM: Walaupun kerusi yang dimenangi tidak banyak tetapi masih ingin menopoli dan inginkan kerusi menteri besar. Pelik!!!

MAKLUMAN

Semua artikel yang dipaparkan adalah dari pandangan peribadi penulis dan ianya tiada berkaitan dengan mana-mana pihak, organisasi atau pertubuhan.

Jika pembaca gerakanminda.blogspot ada sebarang artikel atau nukilan yang ingin dikongsikan bersama boleh emelkan terus ke cucutokjanggut11@gmail.com